Live Streaming
Tuesday, 23 July 2019 16:09

Singapura rampas 8.8 tan gading bernilai RM53 juta

Written by 

SINGAPURA: Singapura melakukan rampasan gading seludup terbesar, apabila menyita hampir sembilan tan barangan haram itu yang diperoleh daripada anggaran 300 ekor gajah. Kargo haram itu, ditemui semalam dalam kontena dari Republik Demokratik Congo yang dihantar ke Vietnam menerusi Singapura, yang turut mengandungi kulit tenggiling, dan ia adalah rampasan ketiga seumpama itu dalam masa beberapa bulan. Pegawai berkata, gading dan kulit tenggiling itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan dipenuhi kayu untuk dihantar ke Vietnam, menerusi Singapura, iaitu hab perkapalan besar bagi perdagangan global,

“Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa berjaya menemui 8.8 tan gading. “Gading dianggar bernilai AS$12.9 juta (RM53 juta) dan setakat ini, adalah rampasan gading terbesar di Singapura,” kata Lembaga Taman Negara, Kastam dan Imigresen dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan, dalam satu kenyataan bersama. Mereka berkata, gading dianggarkan diambil daripada 300 ekor gajah Afrika. Yang turut ditemui, adalah 11.9 tan kulit tenggiling yang dianggarkan bernilai AS$35.7 juta (RM146 juta) dan dipercayai diambil daripada 2,000 ekor mamalia itu.

 

Ia adalah rampasan ketiga bagi kulit tenggiling yang cuba diseludup menerusi Singapura sejak April lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dalam masa tiga bulan kepada 37.5 tan atau bernilai AS$112.5 juta (RM463 juta). Singapura berkata, barangan yang dirampas itu akan dimusnahkan. —AFP

 

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/07/588251/singapura-rampas-88-tan-gading-bernilai-rm53-juta

Read 70 times Last modified on Tuesday, 23 July 2019 16:31

Tentang Kami